"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Tuesday, June 9, 2020

Cara buat begedil kentang

Assalamualaikum / Selamat sejahtera.


Jumpa lagi , 

Kali ni nak berkongsi cara buat  begedil kentang pula, Ini ikut cara saya lah ya, cara paling senang, 

Bahan-bahan yang saya gunakan :-

kentang - potong kecil dan digoreng
ayam - diracik dan disangai sebentar supaya air ayam kering.
Daun sup - diracik halus
Bawang goreng - optional ( kalau nak guna bawang besar dan potong dadu pun boleh)
Cili besar - racik halus
Garam secukup rasa - ada yang gunakan lada sulah, pun boleh juga, ikut citarasa masing-masing dan bahan apa yang ada di dapur anda

Telur - untuk disalut masa mengoreng



1) Kentang yang dah goreng, lenyek boleh, tumbuk pun boleh, ikut kekuatan lah ya . Lenyek masa dia masih panas tu ya.




2) Kentang dah siap lecek semua, masukkan bahan-bahan yang dah diracik tadi, daun sup, cili, bawang goreng cili besar dan perasakan dengan garam. Bahan-bahan ini semua ikut citarasa. Gaul sebati semuanya.




3) Bila dah gaul sebati, bentukkan begedil, kebiasaannya bulat macam di atas. 




4) Dah siap bentukkan, kita gorengkan dia pula, ambil telur tadi, letak garam sikit, minyak dah panas ambil begedil tadi, salutkan dengan adunan telur dan goreng kan lah dia sehingga masak, buat lah sampai habis. 



5) Macam ini lah rupanya bila dah masak ya.



Sedap dimakan bersama soto ☺

Ini cara saya ya, kalau ada cara / resepi yang lagi senang dan sedap, terpulang lah ya, sila ikut mana yang berkenan dihati 

Selamat mencuba, kalau nak cuba 

Jumpa lagi.......


Thursday, May 28, 2020

Talam Cendol

Assalamualaikum 

Selamat sejahtera 

Setelah sekian lama tiada "post" , kali terakhir tahun 2016 , harap ada kerajinan lah lepas ni 

berkongsi resepi kali ni resepi Talam Cendol, buat time Ramadhan yg lepas, 

Resepi diintai dari blog k.yatie , tapi saya buat setengah adunan sahaja, jadinya guna loyang 8x8 ya. 

dan bahagi dua ya resepi di bawah ni.


note : saya bahagi dua adunan dan guna loyang 8x8


Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit




Selamat mencuba, Insyallah sedap lemak manis semua cukup

Jumpa lagi ....daaaaaaa


Tuesday, January 26, 2016

Yang pertama 2016

Assalamualaikum

Terima kasih pada yg masih sudi bertandang......, walaupun tuan tanah tenggelam tak berapa nak timbul2 ni... air dalam sangat...sebab tu la tenggelam sampai ke dasar...nak cari permukaan air tak jumpa2...huhuhu...

Ok..belanja 1 gamba dulu...resepi kemudian lah...sebab cari2 balik resepinya tak jumpa...);


Sampai jumpa lagi...

Lamanya tak update kan...5 bln lebih kurang...): ): ):

Thursday, May 14, 2015

Swiss roll

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Hari ni... nak cerita  resepi lagi... kalau tau gini punya senang buatnya....lama dah buat.. hehe... senang pada sy tu... sebab bahan2 nya yg ringkas. Tak perlu nak ayak sana sini ( sy pling x suka nak ayak2 bahan, tp itu la yg mmg kena bila ikut resepi tertentu).

1st trial yg agak mendebarkan sikit. Sebab rata2 ada yg kata... nanti bila nak roll keknya patah. Aduhhh... itu lah punca sebabnya sy selalu tangguh2 nak membuat kek ni.


Tapi alhamdulillh... resepi ni mmg senang dan best..kek tak patah.. dan senang nak gulungnya. Tp sebab sy "tamak" meletakkan krimnya.. bersememeh jadi kek ni... hehe... next time.. boleh adjust mana yg patut lah.

Ok..cek resepi sini ya.

Sumber : Bila Chah ke dapur

Bahan-bahan:

Saiz loyang 10 x 10 in

Bahan A
3 biji kuning telur
75g gula kaster
40ml minyak jagung/butter yang dicairkan
50ml air
80g tepung gandum
1-2 titis esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar
2 tsp gula halus

Bahan/keperluan  lain

Pewarna kesukaan
parchment/baking paper
marjerin
piping bag
Filling kegemaran

Cara-cara:
Sediakan loyang.Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.

Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen, diikuti dengan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.

Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.

Ambik anggaran 2 sudu besar dan masukkan pewarna merah. Masukkan ke dalam piping bag.Ambil lagi anggaran 2 sudu besar dan letakkan pula pewarna biru. Masukkan ke dalam piping bag.Gunting muncung piping bag dan lorekkan sebarang bentuk  ke atas loyang.

Bakar seketika anggaran 1 minit atau sehingga permukaan love tadi menjadi agak kering.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas bentuk  tadi. Ratakan dengan spatula.Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.


Sejukkan sebentar sebelum digulung.Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.

Ratakan filling.Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan

Dalamnya filing blueberry dan fresh cream 

Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipotong.

Siap... nampak panjang dan banyak step kan... tp percayalah... kalau tak try..tak tau...yg sebenarnya... senang dan kejap aje...daripada nak sediakan sebiji kek tu kan......

Rasa tak puas nk menggulungnya...hik3...tp keje banyak skit hari ni... setel la dulu mana yg patut kan...

Selamat mencuba...jangan ragu2... :)


Monday, May 11, 2015

Cinnamon Roll 

Entry pertama bulan 5, yang ke 11 untuk 2015.

See !!! Abaikan....! Cakap banyak2 pun buat apa...yg lepas biar lepas...yg akan datang...kita perbaiki. Insyallah.

Ok. Nak share resepi roti kali ni. Sedap tak sedap...sila la cuba sendiri. Nnti sy kata sedap...org lain kata tak sedap pun..! Sembang jer lebih... ada yg kata dah ikut resepi...tp kenapa tak jadi ?? Ntah...!  X tau nk jwab...);


Utk resepi nya ;

Sumber : blog emilia puteri 

Bahan-bahan 


 Roti

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        


Filling

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           


Icing

50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (syifa kurangkan kepada 40gm, sebab brown sugar yg guna)
secubit garam
beberapa titik vanila esen


Cara-cara

Saya masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker. Saya pilih function uli dan BM saya uli selama 1 jam 30 minit.
Selepas siap diuli, keluarkan doh. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm.
Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh.

Gulung doh dengan kemas.potong beberapa bahagian. Letakkan dalam paper cup.


ulang utk sebahagian doh lagi.
Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit. Sehingga atas keperangan.

Utk icing ( letak selepas masak)

Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim.
siap, dan boleh sudukan keatas roti tadi.

selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...